Sila maklum, gambar-gambar di dalam Blog ini adalah hak tetap Agar-agar Kering Adamshoppe. Sebarang penggunaan semula tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Ahad, 30 Mac 2014

20 Amalan Membuka Rezeki

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera semua

Terbaca satu artikel ni. Elok utk sharing sesama kita kan...? Copy paste ni... x ingat lak dr mana. Tp, Adamshoppe adjust ckit bahasa yang digunakan sbb artikel asal guna bahasa Indonesia. Selamat Beramal. :-)

AL– FATIHAH
Sebelum memulakan 20 amalan mulia membuka rezeki, terlebih dahulu diharuskan untuk membaca Surah Al-Fatihah seperti di bawah setiap hari:
Dan setelah selesai membacanya,
Anda niatkan seperti di bawah:
(salin atau cetak & jadikan amalan setiap hari )

Ya Rabb… Ya Rabb… Ya Rabb…

aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada (ibu & bapa) ku,

aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada diriku,

aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada (Nabi Muhammad) Rasul ku,

aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada kedua-dua (nenek moyang) ku,

aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada kesemua (Isteri/suami, anak, saudara-saudari kandung) ku,

aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada seluruh umat Islam (yang hidup & yang telah mati),

aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada insan yang pernah mendidik ku,

berkatilah hidup mereka semuanya,
dan masukkanlah kami ke syurgamu dan kekalkan kami di sana,

payungilah kami dengan Rahmatmu kepada kami dari dunia sampai ke syurga,

dan kekalkanlah kami bersama keluarga kami di dalam syurga-Mu,

temukanlah kami semua dengan Nabi Muhammad di syurga-Mu Ya Allah,

aku telah bermohon pada-Mu tuhan ALAM SEMESTA,
makbulkan doaku ini,

jika tidak di dunia Engkau zahirkan, maka makbulkanlah di akhirat nanti,
SESUNGGUHNYA KAU TIDAK MEMUNGKIRI JANJI.

20 Amalan Mulia Pasti Membuka Pintu Rezeki Kita

1. Selalu Menyempatkan diri beribadah

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya,
seperti firman-Nya dalam Hadis Qudsi:
“Wahai anak Adam,
sempatkanlah untuk menyembah-Ku,
maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu.

Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan,
dan Aku tidak menutup kefakiranmu.”
(Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyakkan istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah,
yang menjadi sebab Allah merasa sayang  pada hamba-Nya,
lalu Allah berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan dari hamba yang meminta itu.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar,
maka Allah S.W.T  akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya, dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.”
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari
Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Meninggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak diterima di sisi Allah jika masih saja berbuat dosa.

Dosa bukan saja membuat hati menjadi resah, juga akan menutup pintu rezeki.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki karena dosa yang diperbuatnya.”
(Riwayat at-Tirmizi)

Antara perbuatan dosa yang sering kita lakukan:
- Memandang aurat manusia
- Mengumpat secara berlebihan (termasuk juga melalui media internet menggunakan papan keyboard)
- Berburuk sangka
- Memandang rendah keadaan orang lain - Merasa diri lebih baik dan utama
- buang sampah sembarangan atau keluar dari kenderaan

4. Sentiasa ingat kepada Allah

Banyak mengingat Allah membuatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang.
Ini rezeki yang hanya Allah berikan kepada orang beriman (Iaitu Islam).

Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingat  Allah hati menjadi tenteram.”
(Al Quran, Surah Ar-Ra’d, Ayat 28)

Antara amalan mengingat Allah yang boleh kita lakukan:
- sambil kerja sambil berzikir dalam hati (tidak semestinya gerakkan mulut)
- banyakkan bersyukur setiap 1 jam (dengan cara anda masing-masing)
- mulakan setiap 1 hal atau perkara dengan Bismillah (kalau anda mampu)
- dan apa saja perbuatan “baik” asalkan fikiran anda sentiasa mempunyai
“connection” dengan Allah tanpa terjadinya “disconnect” dengan Allah.

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat dari Imam Ahmad,
Nabi Muhammad s.a.w. berpesan,
agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahkan rezekinya,
hendaklah berbakti kepada ibu bapaknya dan menyambung tali kekeluargaan.
Nabi Muhammad s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapaknya,
maka kebahagiaanlah buatnya,
dan Allah akan memanjangkan umurnya.”
(Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapak juga menjadi sebab mengalirnya rezeki,
berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya,
niscaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya. “
(Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

Bersambung....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KAMI DI SINI

Kengkawan