Sila maklum, gambar-gambar di dalam Blog ini adalah hak tetap Agar-agar Kering Adamshoppe. Sebarang penggunaan semula tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Jumaat, 14 Mac 2014

Perbezaan Agar-agar Kering Utara & Agar-agar Kering Selatan : Gula Sakarin vs Batu Penasila


Ada yg familiar dgn nama gula sakarin @ Gula Jerman @ Ibu Gula? Kebanyakan industri makanan ringan menggunakan gula tersebut malah ada yang mengklasifikasikan sebagai bukan bahan pengawet.

Utk pengetahuan, gula sakarin ni merupakan gula sintetik @ gula buatan (bukan asli) yg terhasil secara tidak sengaja pada tahun 1879 oleh REmsen.Gula ni terhasil dari Garam Natrium dari asam sakarin. Ada jugak artikel yg tulis, gula sakarin ni secara asalnya ditemui dalam tar batubara. Gula sakarin ni berwarna putih, tidak berbau & bersifat sangat manis (550 kali lebih manis dari gula pasir). JUga dikenali dengan nama Gucide, Glucid, Garantose, Saccharimol, Saccharol, dan Sykosa.

Disebabkan kemanisan melampaunya, murah & sifatnya yang tidak bertindak balas dgn bahan/zat makanan, gula sakarin ni sering digunakan dalam industri makanan, minuman ringan & ada juga digunakan dalam pembuatan Agar-agar Kering. Disebabkan dikenali dengan nama gula, ada pihak yg menekankan gula sakarin bukanlah termasuk dalam kumpulan bahan pengawet.

Antara ciri-ciri rasa gula sakarin dalam makanan/minuman ialah :
- rs manis yg hampir pahit apabila dimakan/diminum dalam kuantiti yg lebih
- daya ketahanan makanan/minuman tersebut lebih lama dari yg sepatutnya

Kata Abah (bapa kepada Puan Adamshoppe), gula sakarin ni mudah didapati di bahagian utara Semenanjung, lebih-lebih lagi dikawasan yang berdekatan dengan sempadan Thailand. Ini kerana, gula sakarin ni banyak digunakan dlm pembuatan jeruk. Kalau zaman dahulu, membawa gula sakarin dalam kuantiti yang banyak, boleh disabit kesalahan menyeludup.

Kata Abah lg, memang kebanyakan orang Utara suka guna gula sakarin ni dalam pembuatan Agar-agar Kering. Dalam hati admin (Puan Adamshoppe), " No wonder la aku xsuka makan agar-agar kering dulu..." Paling ketara, teringat masa kecil-kecil dulu, arwah Tok buat agar-agar kering, Admin x lalu nak makan banyak. Sbb makin banyak admin makan, rs mcm nak muntah semula. Makan sikit-sikit tu ok la... & memang lah langkah yg betul bila percubaan pertama Admin dalam pembuatan Agar-agar Kering ni, Abah antara pengkritik pertama, & boleh beza rasa apa yg sepatutnya pada Agar-agar kering kami.

Dr Mr. Google, antara kesan sampingan gula sakarin dalam badan kita jika diambil secara berterusan @ berlebihan ialah;
- migrain & sakit kepala
- mudah lupa
- insomnia
- iritasi
- asma
- hipertension
- cirit-birit
- alergi
- keguguran rambut
- kanser

Berlainan pula dgn cara Agar-agar Kering buatan penduduk tengah Semenanjung & selatan Semenanjung. Maksud Admin, dari Perak ke Johor. Kawasan ini sukar utk mendapatkan gula sakarin (zaman dulu ya...) Jd, resepi yg digunakan agak berlainan bila mana, penggunaan batu penasila @ batu nasila digunakan sebagai agen percepatkan pengeringan & ketahanan.

Batu penasila @ batu nasila ni dibawa oleh migrant India, dihancurkan menjadi serbuk utk kegunaan menyokong kalsium gigi. Batu penasila @ batu nasila ni merupakan mineral gantian kalsium, & sering digunakan sebagai mencegah kaviti. Akan tetapi, sekarang ni batu penasila @ batu nasila ni tersangatlah susah nak cari. Malah ada antara masyarakat India x kenal pun apa batu penasila ni... Tak tahulah kalau ada nama lain lagi. :-)

Jadi, our likers... Dah makan Agar-agar Kering Adamshoppe kan...? Apa pendapat anda...?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KAMI DI SINI

Kengkawan