Sila maklum, gambar-gambar di dalam Blog ini adalah hak tetap Agar-agar Kering Adamshoppe. Sebarang penggunaan semula tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Rabu, 9 April 2014

Dunia Bukan Milik Kita...

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera semua. ...

Alhamdulillah. .. AdamShoppe masih bertungkus-lumus menyiapkan tempahan customer. Hari ni, nak kongsi ckit.

Surah Al-Nisa', ayat 79

" Kebajikan apa pun yang kamu perolehi, adalah dari sisi Allah, dan keburukan apa pun yang menimpamu, itu daripada (kesalahan) dirimu sendiri. Kami mengutusmu (Muhammad) menjadi rasul kepada (seluruh) manusia. Dan cukuplah Allah yang menjadi saksi ".

Kita hanya hamba-Nya yang lemah. Setiap perbuatan kita cuma untuk mencari keredhaan & keberkatanNya.

Bila kita diuji dengan nikmat/kesenangan, ucaplah alhamdulillah. Bersyukurlah dengan mentaati suruhan Allah. Kita sendiri xtau sampai bila nikmat/kesenangan tu akan mengiringi kita.

Bila kita diuji dengan musibah/kesusahan, banyakkanlah beristighfar. Dengan beristighfar, in shaa Allah terhapus dosa2 kecil kita. Kalaupun pada firasat kita, istighfar tu boleh selesai masalah ka? Sebenarnya, dosa-dosa kita lah masalah kita. Dengan istighfar hati kita tenang. Dengan istighfar membantu kita berfikir dengan lebih matang. Dengan istighfar, akan mengingatkan kita, yang kita ni sebenarnya xda apa pun, xda kuasa @ harta pun. Semua tu milik Allah S.W.T.

Siapalah kita hamba-Nya tanpa kasih-sayangNya.

Terima kasih atas sokongan & kepercayaan anda terhadap Agar-agar Kering AdamShoppe.

p/s : Our new packaging, available in 300g & 500g.  Comey x...? :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KAMI DI SINI

Kengkawan