Sila maklum, gambar-gambar di dalam Blog ini adalah hak tetap Agar-agar Kering Adamshoppe. Sebarang penggunaan semula tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Sabtu, 26 April 2014

SEJAUH MANA KEKUATAN KITA..?

Bismillah hirrahman nirrahim...

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera semua...

Konon nak maintain entry perkongsian/motivasi setiap hari Jumaat la kan.... sekali, 2nd Jumaat dah kantoi.... Saya mintak maaf banyak-banyak la ya, atas kelewatan up entry kali ni. Boleh tahan jugak sibuk sebenarnya. Update aktiviti pun di page, FB & IG ja... Nak berkarangan kat sini, x berapa nak sempat. Xpa, in shaa Allah... Akan meneruskan penulisan.

Sebenarnya, saya tengah potong agar-agar ni. Berenti sat, rehat minum Salicgoat untuk kesihatan org kat dalam ni ha.... in shaa Allah... :-)

Ok, sejauh mana kekuatan kita..?

Hari ni, saya nak kongsikan satu situasi. Yang mana dalam sesebuah perniagaan, apakah kekuatan yang perlu dititik beratkan. Produk @ jualan..?

Pengalaman pertama yang saya nak kongsikan kat sini, pekerjaan pertama saya selepas SPM. ( actually, slps PMR saya dah g buat part-time pun... heheheee). Ok, pekerjaan pertama ni, nama dia cukup sedap. Education Executive. Haaa....engkau! Umoq x capai 18 tahun lagi dah jadi executive. Salesgirl ja sebenarnya... Pernah dengar Linguaphone? Haaa.... tu la kerja pertama saya lepas SPM. :-)

Produk Linguaphone ni, bg saya masa tu mmg baik lah. Dengan sistem pelajaran dia, kita boleh ikut masa kita, xda sapa nak gelakkan kita. Boleh buat installment lg sebab boleh tahan jugak harganya. Tapi, dengan masyarakat sekeliling ketika itu, yg walaupun nak kata hebat sangat Bahasa Inggeris,  x la sangat. Tapi kurang kesedaran. Satu lg, of kos faktor kewangan. Dengan terpacak di shopping2 complex, saya & kwn2 menebalkan muka, approach siapa sj yg lalu masa tu. Ada jugak kawan2 yang sempitkan pasaran dengan target usia tertentu sj. X pada saya & 2 org kawan saya lagi. Siapa saja, kami approach. Masa tu baru seminggu kerja. Semangat mula goyah dah. 1 set pun x terjual. Tengok senior2, sehari boleh jual at least 2 set. Seminggu 12 set. Komisen utk 1 set, RM199.90. Tak ke gila namanya tu...?

Masa tu, target saya cuma satu, nk bayar balik hutang tambang bas & makan minum yang saya pinjam dari Mama utk ke tempat kerja. Dapat jual 1 set, trus mintak berhenti. Ngam-ngam 14 hari bekerja. Heheheee.... Kawan saya..? Siapa sangka, dengan Linguaphone, merata dia pergi, siap support adik dia further study, pas tu dia sendiri pulak. Duit simpan, jangan katalah!

Jadi, apa yang kita dapat dari pengalaman saya ceritakan pagi ni...? Kekuatan dalaman kita sangat penting. Dalaman kita yang menentukan hala tuju kita. Bukan org lain. Bukan produk yang hebat. Tapi, kita. Tapi, sejauh mana kekuatan kita...? p ambik ayaq sembahyang, buat solat sunat, bertafakur... apa kita nak untuk diri kita, keluarga kita & agama kita.... Maka itulah yang akan jadi kekuatan kita...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KAMI DI SINI

Kengkawan