Sila maklum, gambar-gambar di dalam Blog ini adalah hak tetap Agar-agar Kering Adamshoppe. Sebarang penggunaan semula tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Jumaat, 18 April 2014

Tips Menetapkan Harga Jualan

Bismillah hirrahman nirrahim....

Assalamualaikum w.b.t bg yg beragama Islam & Salam Sejahtera bg yg bukan Islam.

Alhamdulillah.... harapnya gaya penulisan ni akan berkekalanlah yew... Berkekal camna tu.... eeeewah! In shaa Allah,  mulai minggu ni, kami akan kongsi tips & motivasi, perbincangan & pandangan pada setiap hari Jumaat k... so, stay tune....

Hari ni, kita nak cakap pasal penetapan harga. Kita bercakap atas apa yg kita tau, ok. Jangan kita bela ayam, p cakap pasal udang pulak. Tu org yg zalim namanya. Zalim x semestinya perbuatan menyakiti org, hokay?. Zalim ni means, melakukan sesuatu tanpa ilmu. Pun kira zalim yaaa.... orite....

Harga. Berapa ramai kat sini, bila customer beli banyak, akan kurangkan harga jualan? Dlm ertikata lain, bagi diskaun.... X salah nak bg diskaun. Tp, kna ada etikanya & guideline nya....

Dalam menentukan harga, byk aspek yg kita kena perhatikan. Kami bg contoh, penetapan harga Agar-agar Kering lah ya... sebab, in shaa Allah yg tu kepakaran kami. :-)

1) HARGA BAHAN UNTUK JUALAN.
- mula2 tgk harga bhn utama dulu. Dalam hal ni, kami guna agar-agar. Survey harga dari yang paling murah sampai yang paling mahal. Tambah kedua2 harga ni & bahagi 2. Kenapa? Kita kena bersedia dgn risiko kehabisan stok. Ada masanya, stok habis, menyebabkan kita perlu mendapatkan bahan utama dgn harga yang lebih mahal dari supplier yang berbeza.

p/s : jangan lupa kira caj air & elektrik yang kita gunakan sepanjang kita hasilkan produk juga. Elektrik & air pun bahan utama jugak tu...

2) UPAH KERJA KITA
- walaupun kita bekerja sendiri, x semestinya kita xperlu bayar gaji kita sendiri. X kan bila produk kita semakin meningkat, & kita menggaji pekerja baru nak naikkan harga jualan...? Tgk brp jam kita bekerja utk hasilkan produk jualan. Letak satu nilai utk setiap jam pekerjaan kita.

Contoh;
Agar-agar Kering memerlukan masa berhari-hati utk hasil siapnya. Jadi, hari2 menunggu tu pun perlu dikira sbb walaupun production x keluar, kerja tetap kna buat kan? Nak angkat, nak jemur sampai kering. :-)

3) RISIKO KEROSAKAN BARANGAN
- ini perlu utk elakkan kerugian yang berpanjangan. Contoh macam agar-agar kering, semakin banyak agar-agar dijemur, semakin tggi risiko kerosakan yg ada dr segi penyimpanan & pengeringan. Kadar kerosakan kadang2 hampir 30-50%.

Jadi, bila dh teliti ke3-3 faktor ni, dah dapat 1 nilai kos, darab dengan 1.5. Kenapa darab dengan 1.5? 1.5 ni merangkumi keuntungan, plan jangkamasa panjang ( nak lebarkan bisnes, aset beku mesti bertambah seiring dgn pengeluaran. Macam rak, bekas simpan, bekas memasak, maintenance barangan yg digunakan ), & risiko2 yang x terfikir oleh kita. Jadi, xdala asal barang naik ja, kita pun kalut naik harga jualan. 1 untuk kadar keuntungan & 0.5 untuk kos maintain perniagaan.

Dari situ, kita tetapkan pulak harga jualan minimum & harga jualan maksimum. Tentukan kadar keuntungan yang tetap utk kuantiti diskaun yang bakal kita berikan kpd pelanggan. Jadi kita dh boleh tetapkan diskaun utk kuantiti tertentu.

Ingat, dalam perniagaan, kita perlu berfikir sehari awal dari org lain. Lg jauh kita berfikir, sbnrnya lebih baik.

Untuk mencipta/memperkenalkan sesebuah perniagaan jauh lebih mudah dari mengekalkan perniagaan.

In shaa Allah,  kalau umur panjang, kita kongsi lagi tips & pandangan hari Jumaat minggu depan ya... :-)

♡Salam Sayang♡
AdamShoppe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KAMI DI SINI

Kengkawan