Sila maklum, gambar-gambar di dalam Blog ini adalah hak tetap Agar-agar Kering Adamshoppe. Sebarang penggunaan semula tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Isnin, 4 Ogos 2014

Amalan Membaca Al-Mathurat

Bismillah hirrahman nirrahim...

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera semua...

Pihak AdamShoppe memohon jutaan kemaafan sebab tak dapat nak bersiaran dari sini untuk sekian lamanya atas kekangan masa yang tidak mengizinkan. Akan tetapi, jangan risau. Kami masih memenuhi permintaan kalian. Status terkini kami boleh diikuti di fb Agar-agar Kering AdamShoppe @ di fanpage AGAR-AGAR KERING k...

Satu masa lalu, ada salah seorang sahabat FB Agar-agar Kering AdamShoppe yang update tentang liatnya sesetengah orang untuk menyelesaikan hutang. Dan, di status tersebut, Puan AdamShoppe telah meninggalkan komen tentang amalan membaca al-Mathurat. Memandangkan ada feedback yang bertanyakan apa itu al-Mathurat, jd AdamShoppe panjangkan di sini.

Nak kata AdamShoppe amalkan setiap hari, tak juga. Mengikut kesempatan & kelapangan yang ada. Tapi, selalunya AdamShoppe akan baca selepas solat Subuh.

Sebenarnya, banyak benefit mengamalkan bacaan zikir al-Mathurat ni. Selain dari memudahkan urusan seharian kita, motivasi diri & hutang, dari Ustazah yang mengajar Puan AdamShoppe dulu, zikir al-Mathurat ni juga mampu melindungi kita dari perbuatan sihir & makhluk halus.

Masa Puan AdamShoppe di bangku sekolah menengah dulu, memang menjadi rutin di asrama pada setiap hari Isnin & Khamis, selepas solat Asar secara berjemaah, untuk kami baca zikir al-Mathurat beramai-ramai. Dan, di pihak Puan AdamShoppe sendiri, yang selalu attend camping samada indoor @ outdoor, setiap kali sebelum aktiviti masuk hutan, mesti akan baca zikir al-Mathurat ni at least 1 round.

Al-Mathurat ni sebenarnya adalah himpunan ayat-ayat al-Quran yang dijadikan zikir dr zaman Rasulullah lg. Even, bg wanita yang datang haid, jika ketika suci mengamalkan bacaan zikir al-Mathurat ni setiap hari, masa datang haid tidak menjadi kesalahan untuk meneruskan amalan membaca zikir al-Mathurat ni.

Zikir al-Mathurat ni ada Kubra & Sughra. Bagi yang kesuntukan masa, tidak menjadi kesalahan untuk mengamalkan bacaan Al-Mathurat Sughra. Selalunya, dalam naskhah al-Mathurat ni, al-Mathurat Sughra akan ditanda sebagai panduan bagi mereka yang tidak berkelapangan membaca keseluruhan al-Mathurat (Kubra).

Naskhah al-Mathurat ni, mudah didapati di mana-mana kedai buku dan toko buku agama. Paling tidak, anda boleh terjah kedai yang menjual al-Quran. In shaa Allah, mesti ada.

Semoga penerangan serba ringkas mengenai al-Mathurat ni memberi faedah kepada anda semua k. Wassalamu'alaikum. Wallahu a’lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KAMI DI SINI

Kengkawan