Sila maklum, gambar-gambar di dalam Blog ini adalah hak tetap Agar-agar Kering Adamshoppe. Sebarang penggunaan semula tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Ahad, 17 Ogos 2014

Menghadap isi Istana Kedah

Bismillah hirrahman nirrahim...

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera...

Update kali ni, tentang projek yang mencabar kemampuan AdamShoppe. Dah update di page & FB sebenarnya... kita update kat sini untuk followers blog pulak ya...

Tempahan ni, kami terima seminggu selepas Aidilfitri. Pejabat Daerah Kulim memilih gubahan Agar-agar Kering AdamShoppe sebagai buah tangan untuk menghadap seisi Istana Kedah. 10 set semuanya. Nak tolak pun, sayang... Bukan senang nak dapat peluang macam ni kan.

Projek ni berkolaborasi dengan salah satu butik pengantin di Kulim. X ingat pulak nama butik tu. Pihak AdamShoppe sediakan gubahan, manakala Puan Amy selaku pemilik butik menyediakan kotak lutsinar yang dihias keliling & bekas hantaran.

Berkonsepkan segi empat tepat, al maklumlah. Tak pernah dok buat, mula-mula confuse la jugak. Lagi, ada penambahan 200g agar-agar kering berperisa di dalam gubahan untuk memudahkan seisi Istana merasa Agar-agar Kering AdamShoppe.

Alhamdulillah, tak sangka rupanya. Bila kita push out of limit, 10 set gubahan dapat disiapkan dalam masa 5 hari saja. Tapi, yang lain jangan la buat mcm ni nooo... kena place order awal ya...

Pengsan mak! 4 hari kami suami isteri tak tidur menyiapkan tempahan ni. Tapi, bila tengok hasilnya, hilang mengantuk. 😊

3 ulasan:

  1. Salam singgah..wahh cantik gubahan ni sis..agar2 pun amat menarik.kombinasi yg cantik.sesuai juga klu idea nak buat hantaran ni..

    BalasPadam
  2. salam...klu nak tempah 1 gubahan mcm tue utk hantaran...brape yer??

    BalasPadam

KAMI DI SINI

Kengkawan