Sila maklum, gambar-gambar di dalam Blog ini adalah hak tetap Agar-agar Kering Adamshoppe. Sebarang penggunaan semula tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Sabtu, 4 Oktober 2014

[PIZZA vs BAHULU]

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera semua. ..

Nak kongsi satu cerita depan mata.... Sebenarnya cerita ni dah lama dah jadi tapi baru berkesempatan nak update. Yang tertunggu-tunggu sambungan saya & Alice, maaf ya lama sgt terhenti. Dok kalut dgn mode production.... cerita biasa ja.... tapi kisah yang saya nak kongsi ni, bagi kami suami isteri memang patut dikongsi.

Al-kisahnya suatu hari, kami Agar-agar Kering AdamShoppe bawa anak-anak makan di sebuah pasaraya di Seberang Jaya. Anak-anak tak sihat masa tu. Jadi, cuma ikutkan anak-anak dengan selera masing-masing. Anak sulung nak makan nasi ayam, anak no 2 & no 3 nak makan roti sahaja. Jadi, suami temankan anak sulung di Food Court. Manakala saya bawa anak no.2 & no.3 pilih roti di kedai roti kegemaran kami.

Masa tengah pilih roti, kedengaran staf kedai merungut,
" Ada ka nak suruh kita panggil orang mai beli... orang nak, orang mai la beli. " Saya berpaling tengok staff yang merungut tu. Dia sedang berdiri dengan kawannya di depan meja yang penuh dgn kotak-kotak pizza. Dan, orang yang lalu lalang di hadapan kedai tersebut, saya jangkakan tak ada yang sedar pun kewujudan meja pizza tu walaupun bertimbun-timbun kotak pizza terlonggok di situ.

Tiba-tiba saya lihat ada seorang lelaki berbangsa Cina, saya kira usia antara 50-55 tahun, keluar dari dapur, dengan kotak-kotak pizza diangkat tersusun. Ujarnya,

" Tak juai lagi ka...? " Kelihatan staff tersebut hanya senyum kelat. Lelaki Cina itu menyusun kotak pizza yang dibawa keluar dari dapur tadi.

" Tak pa, U pi jaga kaunter saja lah. " Saya angkat kening. Dalam hati saya mengetus, " Jenuh staff macam ni. " Sedang melayan anak-anak memilih roti, (budak tak sihat biasalah kan... sekejap yang ini, sekejap yang itu), saya dengar satu laungan, suara lelaki.

" Mai, mai... Pizza 1 bijik 5 ringgit!!!! " Saya paling. Kelihatan 2-3 orang pelanggan berdiri di depan meja pizza. Dan mereka beli. Beransur. Lagi berhenti. Beli lagi. Lalu saya ajak anak-anak ke meja pizza & beli 1 kotak.

Semasa bayar di kaunter, dengar pulak staff tersebut, masih merungut pada kawannya, " Dia tokey, boleh la... Ada ka kita, dia nak suruh jerit macam tu. Memang dak la." Saya hanya tersenyum sinis, menunggu baki & berlalu mendapatkan En. Hubby yang sedang menemani anak sulung makan di FOOD COURT. Macam bertih jagung mulut saya bercerita situasi tadi kepada En. Hubby.

Kami berdua terus memerhatikan gelagat lelaki Cina yang dikatakan boss kedai roti tersebut melaung, memanggil pelanggan membeli pizza keluaran kedainya. Kalau diikutkan, secara logiknya, dia tak perlu pun nak menjerit macam tu. Sebab kedai dia betul-betul terletak di entrance pasaraya tersebut. Kami terus memerhati.

Kotak-kotak pizza dah ibarat bukit yang ditarah. Tak lama, 15-20 minit sahaja. Lelaki Cina itu menyusun baki kotak-kotak yang tinggal. Kami perhatikan suasana kelilingnya. Kami bukan jenis keluar ke pasaraya pada hari cuti. Pilihan kami ialah antara hari isnin hingga rabu. Agak kawan-kawan, berapa ramai prospek yang dia ada untuk habiskan pizza jualannya pada hari tersebut?. Kebanyakan rakan-rakan perniagaan saya, yang membuka premis dalam pasaraya mengatakan sales mereka semakin kurang. Tapi bagaimana lelaki Cina itu berjaya menjual 3/4 dari jumlah pizzanya dalam keadaan prospek yang kita pun boleh agak tak ramai mana.

Ok, sambung lagi. Kami perhatikan kedai bahulu yang bersetentang dengan kedai roti tersebut. Ya, seperti saya katakan tadi, kalau ikut logik, tak perlu pun lelaki Cina tadi melaung-laungkan produknya memandangkan lokasi kedainya yang strategik. Saya jangkakan pekerja kedai bahulu tu berfikiran 'logik'. Dia tersengih-sengih melihat lelaki Cina itu melaung-laung. Kata lelaki Cina itu,

" U mau senyum situ saja ka? Barang tak mau juai? ". Kelihatan pekerja kedai bahulu tersebut senyum sumbing. Mungkin sekali lagi perkiraan logiknya, bahulu dah memang kuih Melayu. Prospek di pasaraya tersebut pun, 80% adalah Melayu. Jadi, perlukah dia melaung yang dia menjual bahulu? Tapi, sedar tak ke'logik'an fikirannya tak ke mana.

Pizza kedai roti tu bersilih ganti keluar & masuk. Dan pekerja kedai bahulu itu masih berpeluk tubuh menyaksikan jual beli pizza.

Sayang kan....?

Dan di hari-hari mendatang, kami lihat pizza sentiasa keluar masuk dari dapur, tanpa perlu dilaung-laungkan lagi. Pasti ada yang singgah & beli. Yang pastinya pizza tu memang sedap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KAMI DI SINI

Kengkawan