Sila maklum, gambar-gambar di dalam Blog ini adalah hak tetap Agar-agar Kering Adamshoppe. Sebarang penggunaan semula tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Khamis, 13 November 2014

AGAR-AGAR KERING BERPERISA vs AGAR-AGAR KERING TANPA PERISA

Bismillah hirrahman nirrahim....

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera u ols....

Semoga berbahagia, ceria-ceria wa sihat belaka lah noooo....

Selalu dapat pm, WhatsApp, SMS & seangkatan dengannya,

APA BEZA BERPERISA & TANPA PERISA?

Ramai yang risau, jenis TANPA PERISA (omputih kata UNFLAVORED) ni warna putih tanpa warna-warni. Sebetoinya, agar-agar kering tanpa perisa ni, kami sediakan dalam 9 warna pilihan. Boleh ja nak mix 9-9 warna @ nak request certain warna yang kami tawarkan. Tapi..... ada tapi baq aaaannnngggg!

Akan tetapi, agar-agar kering tanpa perisa ni didatangkan falam satu rasa ja... tu pun x lah sekuat agar-agar kering berperisa. Slightly utk aroma tradisi ja... Aroma PANDAN. Jd, bila buka ja balang agar-agar kering tu, teuih bau tu menyelinap masuk dalam lubang hidung u ols yang kiut tu...

Lain pulak dengan agar-agar kering berperisa (omputih panggey FLAVOURED). Didatangkan dengan 8 warna pilihan dengan 8 warna yang berbeza. Senang ceghita, tiap2 warna tu rasa dia lain2. Yang pasti, rasa buah ja okay....? Tu mmg trademark Adamshoppe. Agar-agar Kering berperisa kami berdasarkan rasa buah, kecuali hijau (pandan). Ya laaaa, pandan tu kan daun... hehehehee...

Kalau tanya kami, yang mana lagi sedap, jawapan kami, " Tak tau dah yang mana sedap, sebab hari-hari kami mengadap bendalah ni sampai dah tak boleh nak makan lg." Padahal, 1 of my hubby's fav tu... Kesian dia. Tapi, untungla saya.... kekekekee.. Profit maksimum la... sebab xda modal masuk mulut. Heheheee...

Tapi, secara profesionalnya (sangaaaattttt...), apa yang kami boleh cadangkan, tgk kepada siapa yang nak makan.

Golongan Veteran (perkataan TUA sensitif hokaaaayyyy), kebanyakan dari mereka menggemari agar-agar kering tanpa perisa. Rata-rata memberi feedback, lebih sukakan agar-agar kering tanpa perisa. Juga, agar-agar kering tanpa perisa ni sangat sesuai bagi mereka yang tidak gemarkan manis.

Berbeza dengan kanak-kanak, remaja & pertengahan umur, kebanyakan lebih menggemari agar-agar kering berperisa. Ala-ala sentuhan moden gitu. Dengan misteri warna & rasa yang berbeza. Walaupun menggunakan sukatan gula yang sama dengan agar-agar kering tanpa perisa, tetapi dipengaruhi dengan rasa buah yang ada dalam agar-agar kering berperisa menjadikannya lebih manis dari agar-agar kering tanpa perisa. Hakikatnya, kedua-dua jenis ini telah dikurangkan sukatan gula.

Agar-agar Kering AdamShoppe 
💕Memories In Bite  💕

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KAMI DI SINI

Kengkawan