Sila maklum, gambar-gambar di dalam Blog ini adalah hak tetap Agar-agar Kering Adamshoppe. Sebarang penggunaan semula tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Ahad, 8 Mac 2015

Walk-In...

Bismillah hirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera...

Ceritera Walk-In Customer hari ni...

Cstmr : Harga agar-agar kering ni kira macamana?
A2KA : Berperisa RM28 sekilo. Tanpa perisa RM25 sekilo... Boleh rasa dulu...
Cstmr : Saya rasa ni... (sambil ambil dari kedua-dua bekas kaca agar-agar kering)
           : Oooo, yang ni dah biasa rasa (sambil kunyah agar-agar kering tanpa perisa)
           : Haaa... yang ni sedap lagi ni (rasa agar-agar kering berperisa)
A2KA : Lain org lain citarasa. (sambil senyum)
Cstmr : Saya nak yang berperisa lah... 1kg. Kuih-kuih lain, ni nak raya ni, x buat ka? Cookies ka...?
A2KA : Tak... (senyum lagi). Kami buat agar-agar kering ja. Yang ni pun x menyempat kadang-kadang.

Alhamdulillah, dah makin ramai yang walk-in ke bengkel Agar-agar Kering Adamshoppe. Sebaiknya, kalau selain waktu operasi kami iaitu hari Isnin-Jumaat (jam 10.00 pagi-3.00 petang), pelanggan digalakkan membuat temujanji.

In shaa Allah, kami akan luangkan waktu kami untuk anda.

Kami fokus pada pengeluaran agar-agar kering sahaja. Alhamdulillah, rezeki yang Allah limpahkan mencukupi untuk kami anak-beranak. Juga, alhamdulillah rezeki ni dapat dikongsi dengan seorang pekerja permulaan tahun ni.

In shaa Allah, target kami tahun ini, memperkasakan pengeluaran & pemasaran Agar-agar Kering Adamshoppe. Biar bila orang sebut Agar-agar Kering, orang akan ingat Agar-agar Kering Adamshoppe

DENGAN IZIN ALLAH...

Puan Adamshoppe +60105480644

2 ulasan:

KAMI DI SINI

Kengkawan