Sila maklum, gambar-gambar di dalam Blog ini adalah hak tetap Agar-agar Kering Adamshoppe. Sebarang penggunaan semula tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Sabtu, 27 Februari 2016

BERAPA LAMA AGAR-AGAR KERING BOLEH TAHAN

Bismillah hirrahmanirrahim...

Sengaja kami simpan goodies pemberian salah seorang pelanggan kami. Majlis telah berlangsung pada 06/02/2016.

Agar-agar kering di dalam goodies ini hasil production 20/01/2016 & mula menunjukkan rintik air dalam pek pada 21/02/2016.

Goodies ini, kami simpan dalam keadaan bersuhu bilik & sepanjang tempoh simpanan, cuaca adalah panas terik di siang hari & sejuk di malam hari.

Berbeza dengan keadaan simpanan agar-agar kering yang kami jadikan kudapan keluarga kami. Agar-agar kering tersebut juga dari production yang sama, tetapi masih dalam keadaan baik & kering. Agar-agar kering tersebut disimpan dalam balang plastik 1kg & dibuka penutupnya sekurang-kurangnya 3-4 hari sekali untuk makan. Juga, penutup balang plastik tersebut dibuka & agar-agar kering tersebut dibiarkan terdedah dalam tempoh 15 - 60 minit.

Kedua-dua agar-agar kering ini disimpan di atas kabinet yang sama.

Oleh yang demikian, faktor jenis pembungkusan juga perlu diberi perhatian untuk ketahanan agar-agar kering ini. 

Jika diperhatikan cara orang lama simpan agar-agar kering yang telah siap, kuih ini hanya ditutupi rumbia yang ditenun @ kain tudung yang mempunyai liang yang besar. Malah, ada yang simpan dalam tempayan besar & hanya ditutup dengan talam supaya mudah dibuka & dianginkan untuk menjaga ketahanannya.

Kesimpulannya, atas pemerhatian ini, (sebenarnya dah banyak pemerhatian dibuat tapi tak terfikir nak ambil gambar & rekod tarikh sebenar production), tempoh terbaik untuk pick up / pos agar-agar kering yang nak dijadikan goodies ialah 2 minggu sebelum tarikh majlis.

Sekian, hasil pemerhatian & rekod kami. 😊

Nota : Dilampirkan gambar goodies & gambar agar-agar kering simpanan untuk kudapan keluarga kami.

Goodies majlis pelanggan

Agar-agar kering simpanan untuk kudapan kami

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KAMI DI SINI

Kengkawan