Sila maklum, gambar-gambar di dalam Blog ini adalah hak tetap Agar-agar Kering Adamshoppe. Sebarang penggunaan semula tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Isnin, 29 Februari 2016

KUDAPAN SANTAI

Bismillah hirrahmanirrahim...

Alhamdulillah... Semakin ramai yang menerima kehadiran Agar-agar Kering Adamshoppe sebagai satu menu santai. Sambil tengok tv, main COC...eaaahhh...pulak!

Apa yang best, kebanyakan feedback customer, Agar-agar Kering Adamshoppe kurang manis. Jadi, bila makan tu, sedap ja kunyah. Kena pulak tekstur kat luar yang crunchy & tekstur isi dalam yang gummy.

Agar-agar kering perisa tradisional bau wangi rose & rasa pandan. Manakala agar-agar kering perisa buah-buahan pulak, buka ja balang, bau wangi bercampur-aduk bau buah-buahan. Bila makan pulak, terasa perbezaan satu per satu perisa buah mengikut warna masing-masing.

Agar-agar Kering Adamshoppe ni, bila makan dia kena beringat. Sekali hadap, boleh habis separuh balang seorang. Tambah-tambah agar-agar kering perisa tradisional. Rasa rilek ja minda mengunyah sambil menikmati aroma ros tu. Kanak-kanak, suka sangat perisa buah-buahan. Sambil kunyah, sambil meneka. Almaklum, setiap warna dengan perisa yang berbeza. Semua warna nak rasa.

Pek mini/ pek percubaan ni sesuai sangat untuk mereka yang baru nak cuba rasa. Jom lah, mana tahu kena dengan selera anda...

Pek 350g

Pek 600g

Pek 1kg

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KAMI DI SINI

Kengkawan