Sila maklum, gambar-gambar di dalam Blog ini adalah hak tetap Agar-agar Kering Adamshoppe. Sebarang penggunaan semula tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Sabtu, 13 Februari 2016

PROMOSI JOM JIMAT

Bismillah hirrahmanirrahim....

Assalamualaikum w.b.t & Salam sejahtera...

Apa yang best dengan promosi JOM JIMAT ni.

Buat tempahan 16kg agar-agar kering dapat PERCUMA 1 set gubahan agar-agar kering.

Set gubahan tu pulak boleh pilih warna. Warna tapak ja kami tentukan. Warna bunga, pelanggan boleh pilih untuk tema.

Kenapa 16kg? Bukan 10kg, 20kg?

Sebab kami nak mudahkan pelanggan & pelanggan mudahkan kami. 

Seperti yang pelanggan sedia maklum, kami mempunyai pilihan 8 warna & 8 perisa. Dengan 16kg agar-agar kering, setiap warna @ perisa tersebut akan dapat 2kg, yang mana 2kg tersebut adalah production 1 talam custom-made kami.

1kg agar-agar kering mengandungi minimum 300 pcs agar-agar kering.

16kg agar-agar kering x 300 pcs = 4,800 pcs agar-agar kering

Kami selalu mencadangkan pelanggan meletakkan 8 pcs agar-agar kering (1 pc per warna). Jadi,
4,800 pcs / 8 pcs = 600 pek.

DAH BELI BEKAS....?

Sekarang ni, banyak botol kaca dipasarkan dengan harga yang rendah kan..? 1 botol dah boleh dapat dengan harga RM0.90-RM2.00. Dan ada botol-botol tersebut agak besar.

Untuk diletakkan ke dalam botol, kami mencadangkan pelanggan meletakkan maksimum 20 pcs agar-agar kering yang mana, sejujurnya dari pemerhatian kami, kudapan yang manis diberikan secara berdikit kepada tetamu kerana ia dianggap sekadar pencuci mulut sebelum & selepas makan juadah yang dijamukan di kenduri.

Jika dengan pembahagian 20 pcs agar-agar kering,

4,800 pcs/ 20 pcs = 240 botol. 

Botol besar? Tak ada masalah.... 😊 cuma lapikkan sedikit shredder paper sebelum memasukkan agar-agar kering ke dalam botol.

Doorgift anda kelihatan menarik, tak perlu terlalu banyak hiasan, jimat masa, wang dan tenaga.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KAMI DI SINI

Kengkawan