Sila maklum, gambar-gambar di dalam Blog ini adalah hak tetap Agar-agar Kering Adamshoppe. Sebarang penggunaan semula tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

TERMA & SYARAT PEMBELIAN

FOR SERIOUS BUYER ONLY

KAMI TIDAK TERAGAK-AGAK UNTUK MEMAPARKAN NAMA ANDA SEKIRANYA MENDAPATI ANDA "BACKOUT BUYER"

Tempahan atau sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui :
Agar-agar Kering Adamshoppe jenis tradisional berperisa buah-buahan & berperisa tradisional boleh didapati dalam tempoh masa berikut :

5kg ke bawah - kurang dari seminggu selepas bayaran diterima
10kg ke bawah - kurang dari 2 minggu selepas bayaran diterima
20kg ke bawah - kurang dari 3 minggu selepas bayaran diterima
30kg ke bawah - kurang dari 1 bulan selepas bayaran diterima
31kg ke atas - 2 - 3 bulan selepas bayaran diterima (bergantung kpd senarai tempahan) 

* tempahan awal sangat digalakkan

  • Agar-agar Kering Adamshoppe dalam bentuk Goodies/Souvenir digalakkan membuat tempahan seawal 4-6 (empat hingga enam) bulan sebelum majlis
  • Agar-agar Kering jenis Gubahan digalakkan membuat tempahan paling lewat 5 minggu sebelum tarikh ambil @ tarikh penghantaran

Order last minute hanya akan diterima sekiranya ada kelapangan tempahan, bergantung kepada keadaan ( kemungkinan ada perubahan harga untuk order last minute)

Pembayaran deposit sekurang-kurangnya 50% dari jumlah tempahan diperlukan untuk confirmkan tempahan.

Tempahan hanya akan dibuat selepas menerima bukti pembayaran daripada anda. Anda perlu berikan bukti pembayaran dalam bentuk print screen (online banking), scan resit cash deposit/atm transfer dan emailkan kepada kami.

Penghantaran hanya akan dilakukan selepas pihak kami menerima bayaran baki jumlah keseluruhan.

Kami hanya menerima pembayaran melalui Maybank dan CIMB sahaja.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang kerosakan dan kehilangan produk di dalam perjalanan penghantaran kerana kami akan sentiasa memastikan setiap produk yang dipos berada dalam keadaan yang baik.

Tiada jaminan pulangan wang sekiranya anda membatalkan tempahan selepas buat pembayaran deposit. Jadi sila buat keputusan yang muktamad sebelum anda membuat tempahan.

Harga yang tertera tidak termasuk kos penghantaran kecuali diberitahu.

Harga produk juga diupdate dari masa ke semasa mengikut harga pasaran supplies kami...


 
Harap maklum dan terima kasih.
 

KAMI DI SINI

Kengkawan